Friday, April 13, 2007

Tart Gulung Nenas



Tart Nenas Gulung

Tart gulung nenas atau tart nenas gulung sama aja lah tu.
First taim try benda ni bila I buatkan for hub's colleagues yang menyambut CNY tempoh hari. Tak sangka pulak dapat pujian mengatakan kuih ni sedap and they suggest me to take some orders. Eyyy....decided to cuba terai test buat sekali lagi lah sebab hari tu tak dapat jamah, dapat buat 'ngam ngam ho' untuk beberapa botol for them.
Hmm....I think whoever yang buat pun sedap, just that if only we did it with ikhlas ataupun tidak.
Ok berbalik pada the second trial-n-go-terror ni, boleh tahan jugak rasanya. Mungkin bukan kerana tangan yang membuatnya tetapi kompem dengan resepi yang aku ambil dari sini.




Bahan2:
525 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
60 gm gula castor
375 gm butter
3 biji kuning telur
1 tbsp esen vanila

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
2. Masukkan bahan kering kedalam mesin, gaul rata.
3. Masukkan butter dan gaul rata lagi.
4. Dengan membuat lubang di tengah adunan, tuangkan kuning telur dan esen vanila dan gaul lagi sampai sebati.
5. Leperkan adunan diatas papan gulung dan terap menggunakan penggulung bergigi. Potong memanjang dan isikan inti nenas.
6. Susun di atas dulung pembakar, lining with baking sheet. Sapukan kuning telor pada atas kuih.
7. Bakar dalam ketuhar sekurang2nya 20-25mins atau sehingga kekuningan.
8. Apabila masak, keluarkan loyang dan sejukkan sebelum dialih ke telap kedap udara.

Inti Nenas:
3/4 biji nenas, dibuang mempulur tengahnya dan parut.
4 cawan gula pasir
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
Sedikit serbuk pewarna kuning

Cara:
1. Toskan nenas yang telah diparut. (boleh gunakan food processor dan ambil ampas nenasnya)
2. Didalam periuk non-stick, masukkan nenas, gula, kayu manis & bunga cengkih diatas api yang kecil.
3. Masak nenas hingga hingga kering. Sentiasa kaup balikkan nenas ini supaya tidak hangus dibahagian bawahnya.
4. Taburkan sedikit pewarna kuning pada sesedap mata yang memandang.
5. Apabila sudah betul2 kering, tutup api dan sejukkan.
6. Boleh disimpan di dalam freezer hingga bila waktu yang ingin digunakan.



...dan hasilnya...



Funny thing is, at times I myself drooled over my own foodie pics :P

6 Comments:

Blogger Lynn said...

Nak order 50 boleh tak? :D

April 16, 2007 8:46 PM  
Blogger MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

hehe lynn....mana dh ilang? mak cari satu BBjng tak nmpk! ko nak oder 50 taik gigi aja. meh jumpa lot1, nnti mak bwk satu loyang :p

April 17, 2007 4:16 PM  
Blogger bunkerangs said...

aiseh..pastu dah buat..tak nak hantar kat sini ker?..hehe

April 17, 2007 11:06 PM  
Blogger Lynn said...

Ler kau ni.. kalau aku ajak pi lot 1, kau sibuk. Bila nak dating? Aku nak lah tu pineapple tart. Serious! Kau pi buat dulu, dah siap tepon aku :D

April 18, 2007 1:08 AM  
Blogger MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

Rosma, nak post tu bole tapi jgn dah smpai kansas jadi debu sudah lerr :p nnti nak e-mail u lah.

lyn, wokey2 lepas bebudak exam eh. eh ank gerl ko dah p3 eh? update update!

April 18, 2007 1:41 PM  
Blogger Lynn said...

Wahaha.. ak ah dah p3. Dah besau. Aku malas ah nak update. Nanti mood datang aku update panjang lebau eh.

April 19, 2007 2:12 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home