Salad Buah Mangga

Dah lebih dari 5 kali buat ni. Masa pertama kali buat tu, mangga tak cukup hanya kita sorang aja yg bedal! hehe, cian abg megat ku tak dapat jamah pun. Keesokan hari nya kita pun borong lah mangga muda berkati2 sbb smlm punya laku sesangat. Puhh mmg tak bedek, best makan ngan kari kepala ikan! lahaiii mamu tokey revenew kalu maii belakang pun tak sadar you!
**note: kalu agak2 yg nak ngap tu ramainya se-kontainer, pandai2 lerr ekjas bahan2nya yer :)
Bahan2:
2 biji buah mangga muda (saiz tapak tangan)
15gm belacan, dibakar depan belakang
2 biji bawang merah kecil, dimayang halus
3 batang cili padi hijau, cincang sederhana halus
2 batang cili padi merah,cincang sederhana halus (cili padi boleh dilebihkan jika suka)
2 tsp (sudu kecil) sos ikan nampla
2 biji limau kasturi, perah airnya
sedikit gula (jgn tambah garam dahulu kerana sos nampla tadi sudah agak kemasinan, tapi boleh tambah garam jika kurang perasanya)
3 tbsp (sudu makan) kacang, disangar dahulu & ditumbuk sederhana kasar, boleh ditambah jika suka)

Cara:
1. Hancurkan belacan yg agak kering dibakar tadi dgn garfu supaya hancur berderai. Ketepikan.
2. Kupas kulit mangga lalu sagat memanjang (sederhana halusnya) buah mangga. Ketepikan.
3. Dalam sebuah mangkuk yg besar, masukkan kesemua bahan kecuali kacang & garam. Gaul perlahan2 menggunakan 2 sudip besar kiri & kanan. Perasakan.
4. Jika kurang masinnya bolehlah ditambah garam.
5. Alihkan pada mangkuk hidang & taburkan kacang tumbuk tadi. Memang sedap dimakan bersama kari ikan! Cubalah.

Hmm....pada yg sedang berbadan dua tu usah tunggu2, pi pasar skrg beli mangga.....pegi!








0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home