Ban Kari

Ban Kari (Curry Bun)
Eversince the kids are on school vacation, every seconds their stomach seems to be growling. Sampai tak sempat mak nak go toilet :p. Yang ni is the latest mak buat untuk anak2 burung yang sentiasa menganga kelaparan...but sometimes when the food is on their way cooking, these anak2 burung will turn to be anak2 ikan jerung pulak. Tak sabar2 nak ngap. Ish, nak kata apa, tapi beruntung dapat mak2 yang sanggup ikutkan karenah apa yang nak dimakan. Bukan macam zaman kita dulu, ialah zaman jahiliah lah katakan...bila bersuara dengan mak sendiri yang kita ni lapar, haa kau amek ni biskut kering, pi makan jejauh sana jgn datang2 lagi...kaco daun aja mak nak buat ketupat dengan jiran sebelah...ehehe.
Ok, ban kari ini kita buat ala2 roti perancis sikit sebab dohnya dibahagikan lebih dari yang sepatutnya diarahkan iaitu pada 8 bahagian. So pada siapa yang mahukan these buns to be softer, ikutlah arahannya okies...
Ingredients For The Bun:
Bahan A:
125 gm tepung roti
2 tsp yeast kering (dry yeast)
2 tsp gula
150ml air suam, suhu bilik 40ºC
BahanB:
125 gm tepung roti
1/2 tsp garam
Cara:
1. Masukkan bahan A, kacau rata. Masukkan pula bahan B. Gaul hingga sebati lagi.
2. Keluarkan dari mangkuk. Ulikan diatas papan pencanai.
3. Uli menggunakan kedua2 belah tangan. Sekali-kala hentak2 kan doh pada papan pencanai.
4. Uli selama 10-15 min. Tarik2 dan tekan. Uli doh dan tarik dengan tangan sehingga boleh nampak jari dibelakang.
5. Bila dah siap, masukkan doh kedalam mangkuk. Tutup dengan plastik atau kain basah selama 20min hingga naik 2 kali ganda.


6. Keluarkan dari mangkuk dan tumbuk doh untuk keluarkan angin.
7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Bulat2 & leperkan. Isi inti didalamnya dan tutup rapat2 dibahagian bawah doh.


8. Habiskan kesemuanya di atas loyang pembakar beralaskan kertas baking. Rehatkan selama 10-20 min hingga naik 1.5 kali ganda lagi.
9. Sapu ban dengan putih telur. Bakar pada suhu 180ºC selama 8 min.

Yang bawah ni pulak...

Inti Daging
Ingredients For Inti Daging:
1 labu bawang besar, potong dadu
3 tbsp daging cincang, cuci & toskan
1 tbsp serbuk kari daging
3 biji kentang, kupas, cuci, tos & potong dadu
1 cawan air
Garam
Segengam daun ketumbar (jika suka)
Minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaslkan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan daging cincang, serbuk kari dan kentang. Gaul hingga sebati.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan tutup kuali hingga kentang empuk dan airnya kering. Perasa dengan garam.
4. Taburkan daun ketumbar. Tutup api dan ketepikan hingga sejuk.

Jangan fening dengan step2 ni ya. Mula2 I pun fening2 lalat jugak tapi bila dah stat buat naik syoik pulak :)


Akhirnya...*cam lagu anita serawak*








5 Comments:
Sedap ni..tapi segan betul laa nak menguli cara popeye..nnt roti tak naik..muscle kita yg naik..heh heh..
hehe rinn, awak kelakar lah! apa salahnya sekali2 jadi popeye, vogue apa tunjukkan muscle kat dapur :p
Look sedappp!! dah lama betui tak makan roti curry. slurppp...
dah cuba sedap dan senang je tima kacih ye k.nis
oiit, kau curi batu lesung pipit aku ker reen?!? :p
anyway, tak huluq pun sepenggan pat cini.. :(
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home