Kek Marble

Original kek was 'pandan marble' tapi tangan kita dok gatai olah2 kan dia, maka terjadi lah kek ala2 marble gitu. ampun R-Lin kerana tersengaja menggodeh resipi asal mu itieww...lain kali mmg nak cuba yang ori, ramai yang dah cuba, kompem sedap lah tu...may the chronic M be released from my body soon!
Bahan2:
4 biji telur
100 gm gula kastor
1 tsp ovalette
30 ml susu segar
50 gm minyak jagung
--
100 gmtepung gandum*
1/2 tsp garam halus*
1/2 tsp baking powder*
--
1 tsp serbuk koko
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp coklat emulco
Cara2:
1. Ayak bahan2 bertanda * & ketepikan.
2. Pukul gula & ovalette hingg rata.
3. Masukkan telur satu persatu & pukul pada kelajuan tinggi hingga kembang & pekat (seperti adunan kuih bahulu).
4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata.
5. Tuang minyak jagung & susu. Gaul hingga sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian dimasukkan esen vanilla, serbuk koko & emulco. Gaul rata.
7. Biarkan putih pada satu lagi bahagian (kalu nak buubuh esen oren atau pisang pun boleh juga)
8. Tuang adunan pada loyang yg telah dioles butter & tepung & buat ulitan guli dengan menggunakan chopstik (swirl).
9. Bakar pada suhu 180C selama 30 min. atau hingga masak dengan mencucuk lidi satay ke dlm kek tadi. Sejukkan di atas redai.

Sedap lah! gebu & spongy mcm spang pinggan mangkuk, ahak! tapi mmg laku wooo...2 jam dah yilek!








2 Comments:
kak, saya cuba resepi kek marble nie semalam, ramai kengkawans yg memuji . sedap dan lembut kek nie. tks for sharing !
yer ker deedah? warrr...sonok nya akak dongar deedah dah mula mencuba kek ni. sodap kan? cam ala2 sepang pinggan mangkuk, ahak! jgn mare deedah akak ni kuat gurau!
mekaseh krna mencuba, tanak cuba yg lain ker?
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home