Friday, May 30, 2008

Sambal Tumbuk Ikan



Selalunya, ikan goreng semalaman sudah tidak lalu nak dipandang lagi. Jika nak dipanaskan semula pun isinya sudah tak cun untuk dimakan, tak seperti ikan yang baru digoreng panas2. Jika ada berlebihan ikan goreng, usah dibuang kerana boleh digunakan seperti ini...

Bahan2:
Beberapa ekor ikan goreng semalaman, ambil isinya (tak kira ikan apa asal bukan ikan duyung)
1 biji bawang putih
5/6 batang lada merah hidup, dipatah2
1 biji limau kasturi
Sedikit garam, jika perlu

Cara:
1. Tumbuk bawang putih & lada merah (boleh lebihkan pada yg kuat pedas) hingga separuh lumat.
2. Tambahkan isi ikan goreng tadi & tumbuk lagi hingga semua bahan sebati.
3. Akhir sekali perahkan air limau kasturi & bubuh garam, jika suka & gaul rata2kan.
4. Sambalan ini saya lawankan dengan nasi panas2 & lauk lemak tahu :)



Amacam...?



Ada orang tu kan, dah lah makan sampai bertambah, isterinya yg siap ber-bebek angsa pun dia tak pandang langsung youu! Ish ish ishh...sungguh unsangkarable :(

3 Comments:

Blogger WAN ZUHA ISHAK said...

my mom punya recipe bezanya cuma instead of limau kasturi kitorg guna asam jawa dan tumbuk sampai jadi macam paste. mmg sedap mkn ngan nasi panas. yummy!

June 12, 2008 2:37 AM  
Blogger Cyber Lady said...

Hmm..looks so delicious. Mesti nasi pun bertambah2. I just realised you left a comment in my blog sometime in March. Thanks so much. Ingatkan takde orang nak membaca blog I yg hampir2 nak di abandon kan. Yes, I link to your blog quite some time ago. Bila tgk your blog, mesti lapar..haaizz..

June 12, 2008 8:42 PM  
Blogger MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

salam W Z I & cyberlady! welcome!

July 03, 2008 2:48 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home