Chocolate Mint Cake

Chocolate Mint Cake
First of all, kita nak minta maaf lah kerana membuat orang2 yang lalu lalang kat sini tertunggu2 dengan resepi2 yang telah dijanjikan ni....maapkan lah mak kaseemmm....
Second of all, (ada ker second of all dlm leberi? ahak) kita tak pasti lagi nak teruskan memblogging ker tidak sebab tugas dah makin banyak maklum baru naik pangkat lah katakan, tu yang tertunggak2 nak buat updates, tengok lah keadaan...
Resepi ni dicongkel dari leberi D tapi kita ada ubah skit lah. (ampun D sebab memandai2 tanpa kebenaran) tapi ubahannya tak lah critical sangat. Lagi satu, kek ni dah kita cuba lebih dari 10 kali tawww sebab anak2 kat rumah kata "sedap ibu buat macam rasa kolgate" lantak ko lah labuu...asal abes satu loyang, tak membazirr.
Apa Yang Diperlukan:
200 gm self-raising flour, diayak
230 gm butter
220 gm caster sugar
5 biji telor yang sederhana besar (originally 230 gm - 7 biji telor)
1 tsp esen vanilla
30 gm serbuk koko, diayak
50 ml susu segar
beberapa titik pewarna hijau
3 titik perisa mint (kalu nak lebih, silakan)
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180. Calitkan loyang 10" dengan mentega & taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat atau boleh alas kertas kuih pada dasar loyang tersebut.
2. Pukul tepung bersama mentega hingga menjadi pes yang sebati.
3. Dalam mangkuk yang berasingan dengan menggunakan whisker, pukul telor bersama gula hingga naik memutih dengan speed laju. Masukkan esen vanilla & pukul seketika lagi.
4. Campur adunan telor ini kedalam adunan tepung yang telah menjadi pes tadi & pukul hingga sebati & kembang dengan menggunakan K beater.
5. Bagi pada dua bahagian. Campur serbuk koko berselang-seli dengan susu segar pada satu bahagian.
6. Campur pula pewarna hijau & perisa mint pada lagi satu bahagian.
7. Tuang adunan dengan cara berselang-seli koko & warna hijau didalam loyang hingga habis. Ambil 1 chopstick kemudian alit2kan bentuk 'swirl' pada adunan tadi supaya ia bercorak 'marble'.
8. Bakar dalam masa 40 hingga 45 min atau hingga lidi atau 'cake tester' dicucuk kedalam kek tidak melekat pada lidi tersebut.
nota: kek ini boleh di taburkan dengan badam cincang sebelum dimasukkan kedalam oven atau siram 'chocolate ganache' ke atas kek selepas kek mula sejuk.
Selamat mencuba!!








0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home