Friday, November 02, 2007

Nasi Pilaf



Daun pudina ni dipetik di taman mini laman rumah, memang segar youuu!

Kesian pulak tengok budak dari kulai nangis2 mintak resepi nasi pilaf ni kang kalu tak kasi buat dia continue nangis goleks2 sampai highway 2nd link naiya pulak anak orang ahak.

Bahan2nya:
2 kilo beras basmati, dicuci bersih & direndam selama 1/2 jam

1 1/2 ketul butter biasa, anggaran 375 gm beratnya
2 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
4 helai daun pandan, disiat2 & disimpul
3 biji bawang besar, dicincang halus2
Segenggam kismis kuning
**air secukupnya
Sedikit garam
Segenggam daun ketumbar
Segenggam daun pudina
Segenggam bawang goreng

Caranya:
1. Toskan beras basmati yang telah direndam tadi hingga kering airnya.
2. Panaskan periuk (lebih bagus jika gunakan periuk non-stick) di atas api yang sederhana. Cairkan butter.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih & daun pandan. Gaul rata.
4. Masukkan pula bawang besar & gaul lagi hingga wangi.
5. Masukkan beras basmati tadi & gaul (jangan terlalu cepat jika tidak mahu berasnya patah) dengan garfu kayu yang besar saiznya. Goreng sebentar beras ini dengan teknik 'clockwise' hingga lah minyak dari butter tadi benar2 sebati dengan beras. Teknik ini akan menjadikan nasi menjadi berderai sebiji2 & tidak melekat antara satu dengan lain.
6. Masukkan pula air & garam & larutkan beras. **(anggaran air hendaklah: air itu dituang pada paras beras + 2 ketak lebih, diukur dari hujung kuku jari hantu hingga ke ketak kedua - ketak tengah jari hantu). Yang ini kalau tak paham jugak tak dapek den nak nulung eh! :p
7. Kecilkan api & tutup periuk, tanak lah nasi hingga masak.
8. Apabila nasi sudah masak, tutup api & taburkan segala daun2, kismis kuning & bawang goreng. Hidangkan lah bersama lauk ayam kegemaran anda.

Selamat mencuba....

9 Comments:

Blogger Mat Gebu said...

Terima kasih daun keladi mak daro..(ada ke tanam pokok keladi...)..nanti mat try ok....

November 03, 2007 8:08 AM  
Blogger MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

pokok keladi lom tanam laeii lah matt, tapi kalo kena tangan, bole gatelll...

November 03, 2007 11:42 AM  
Blogger noreen said...

laaa nie nak nayang nasi pilaf ke nak nayang daun pudina den fonin tul ahak montang2lah ada tanaman di umah saje je nak kasi org jeles taw

November 03, 2007 6:27 PM  
Blogger My life journey said...

bestnya ada resepi nasi pilaf..bole khaty try..thks for sharing k.niss...khaty suka banget ngan bau daun pudina..rajinnya kak niss tanam pokok..

November 06, 2007 11:45 AM  
Blogger Nora n.s. said...

memang sedap, memang best lah... semalam saya baru cuba tau! heee. tank u byk2 kongsi2 ilmu dan resipi selalu...

yg benar,
orang dekat2 sini jugak :D

November 08, 2007 3:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

deyyyy tambiiii!! salmat diiipabali! beraya di bali kalu? ahak :p

November 08, 2007 8:11 PM  
Blogger Azian hasan said...

Best..best resipi ni..Nak tanya teknik clockwise tu ape bendanya.Rasa macam nak makan kejap-kejap ni je...

November 14, 2007 2:57 PM  
Blogger MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

azian,
teknik yg saya maksudkan ini ialah cara mengaul nasik yang ditanak ini dari arah atas turun ke bawah (from north to south way) ini supaya nasi ini tidak pecah.

November 14, 2007 11:16 PM  
Blogger Siti Khuzaimah said...

Lauk apa yer yg sesuai makan dgn nasi pilaf ni?

April 17, 2008 2:26 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home