Bun Kelapa

Cilok dari matt. mmg sedap & lembut, dah lama buat tapi baru ni terperasan belom letak dlm updated resipi. Sila cuci mata yer!
Bahan2 Untuk Doh:
500 gm tepung roti2
40 ml air
20 gm susu tepung
1 biji telur, dipukul sedikit
80 gm lemak sayur (shortening)
100 gm gula halus
1/2 tsp garam
2 tsp yis segera
1 tsp bread improver
1 tsp bread softerner
Bahan Utk Inti Kelapa:
2 1/2 cup kelapa parut putih
60 gm gula melaka, hancur2kan
50 gm gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 cup air
Cara Utk Inti:
1. Satukan gula melaka, gula pasir, 1/4 cup air & daun pandan di dlm periuk kecil. Masak hingga semua bahan larut di atas api yg kecil. Tapis ke periuk yg lain.
2. Masak lagi hingga gula mulai berbuih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata, masak hingga kering sedikit tapi kelembab-lembapan dengan api perlahan.

Inti kelapa yg telah dimasak. Inti boleh dimasak 1 hari sebelum membuat doh & simpan dlm peti ais.
Cara Utk Doh (manual):
1. Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur (shortening) di dlm mixer dgn menggunakan Hook.
2. Gaul rata dan uli 10 minit.
3. Masukkan lemak sayur (shortening) sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 - 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Ketepikan hingga doh naik 2x ganda.
*****
4. Keluarkan doh, tumbuk dan uli lagi selama 5 min. Proses ini ialah utk mengeluarkan angin di dlm doh tadi.
5. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudukan 1/2 tbsp inti kelapa, cantum dan bulat2kan.
6. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan selebar 2 jari setiap satu doh supaya dpt memberi ruang agar doh mengembang sekali lagi. Buat hingga habis. Biar bun 45 min.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 - 10 min atau hingga permukaan roti keperangan.


8. Apabila roti telah masak, angkat & sapukan dgn susu cair atau mentega dipermukaan roti tadi semasa masih panas2. Dapat menghasilkan dlm 20 biji bun.

Inilah hasilnya yg lembut & gebu

Siap utk dibawa bekal ke rumah member yg ramai anak2 burung yg sedang menganga :)








0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home