Monday, December 03, 2007

Rendang Padang



Memang memanggil2 kalau dapat makan rendang padang dengan lemak nangka! Nasi pulak tengah panas2 apa lagi, pinggan si tetamu yang bertandang ditambah tanpa segan2, ahak
kemain licin lagi maklum sememangnya tengah lapo....

Rahsianya:
500 gm daging batang pinang, potong kecil2
beberapa helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
4 tbsp gula melaka
3 cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
garam secukup rasa
700 gm kelapa parut + 3 cawan air diperah ambil santannya

Bahan Kisar:
13 batang cili padi, atau lebih
4 batang cili merah
15 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Campur semua bahan2 (kecuali gula & garam) di dalam periuk yang sederhana dengan api sedang.
2. Gaul dari masa ke semasa hingga didih.
3. Apabila agak kering, masukkan gula & garam. Rasa & tambah mana yang perlu dan tutup api.



Nak tau rahsia rendang makin sedap bila iannya dipanaskan berkali2, pada masa itu, daging akan sebati dengan kuahnya, baru power! (Selalunya saya akan masak rendang ini di sebelah malam)

5 Comments:

Blogger bunkerangs said...

wahhh..rendang pulak dia buat eh :) mmg rendang best makan the next day seba the flavours dah serap...yummmssss!...sodapnyer...

December 04, 2007 12:09 AM  
Blogger zaitgha said...

so many versions of rendang...tapi sumer sedap....i like your pictures

December 05, 2007 10:22 AM  
Blogger noreen said...

bilo lak mak daro sampai ke padang nie setahu den dio ado yo kat umah tu hah busy menyentil ahak

December 06, 2007 3:52 AM  
Blogger My life journey said...

sedapnyaaaa..looking at the pic itself makes me drool..Betul kak niss..certain dishes lebih sedap mkn on the next day..i want to try this recipe soon..hehehe..thks for sharing.

December 15, 2007 11:47 PM  
Blogger maRLinda said...

Halloo

Amboi la ada rendang... bawahnya ada gulai nangka....
Sedap betoi menengoknya... :)

marlindaradzi.com

December 16, 2007 9:53 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home