Sunday, July 13, 2008

Piza Margherita



Ambuiii....terjelir bila tengok mende ni! ahak. mak ni kalu bab masak2 mmg masih cetek lagi tapi suka bebenor menerai resipi2 yg agak2 elok dipandang mata.

tak tau lah apa spesial piza ni sampai nama si margherita dok numpang menyelit celah piza ni. topping dia, sukati emak kita lah nak bubuh cara hawaian atau daging cincang, bahan2 yang lain tu optional lah eh sbb kalu ikut budget mmg boleh terkedu dibueknyo! pada mak, yang buek mahal pada bahan ni ialah mozarella cheese. kena guna lebih2 kalu nak tampak bertali2 :)

Bahan2nyo:
1 1/4 tsp instant yeast
1 cawan air hangat
195 gm tepung serbaguna + sedikit lagi utk taburan diatas papan pencanai
95 gm tepung kek
1 1/2 tsp garam
2 tsp gula

Topping:
Mozarella cheese, sagat
Cheddar Cheese, sagat
Daging (ayam atau lembu) atau peperoni yg halal
Cendawan butang, hiris2
Nenas, dipotong 3 segi
Lada benggala hijau, jika suka
Tomato buah, dibuang bijinya & dipotong dadu

Sos Margherita:
4 biji tomato dadu
1/2 tsp gula
1 biji bawang putih
1/2 cawan daun kemangi atau basil, dicincang
garam secukupnya

Cara Sos:
1. Tumis bawang putih hingga layu, cepat2 masukkan tomato, gula & garam. Masak hingga tomato agak hancur & masukkan daun kemangi. Ketepikan hingga sejuk.

Alat: Food Processor atau mixer biasa.

Cara2nyo:
1. Panaskan oben @ 200C.
2. Campur yeast & air hangat dlm mangkuk kecil. Gaul hingga larut & ketepikan.


3. Masukkan tepung, garam & gula dlm FP & tekan pada kelajuan rendah utk mengaulkan bahan2 ini.


4. Dengan motor FP yg masih bergerak, tuangkan air yeast tadi ke dlm FP & proses dlm jangka 1-2 min hingga doh menjadi lembut. Boleh tambah sedikit SAHAJA tepung jika doh TERlalu lembik & melekat2. Jika tampak terlalu kering tambah sedikit air.


Pastikan doh akan menjadi elastik.

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian bebola yg pejal. Letak di atas papan pencanai yg telah ditaburi dgn sedikit tepung & tutup doh dgn tuala yg bersih selama 1 jam supaya ia naik 2x ganda.
4. Apabila doh sudah naik, leper2kan satu persatu doh tersebut utk mengeluarkan angin & bulatkan sebesar 8" bulatan terpulang pada loyang piza anda yg ada. Cucuk dgn garpu di permukaan doh tadi supaya doh tidak akan gelembung bila proses pembakaran nanti.


5. Sapukan sos margherita & tabur separuh dari mozarella & cheddar cheese diikuti dgn topping yg lain2. Lasty taburkan separuh lagi belen kedua2 cheese tadi.


6. Bakar selama 5-10 min & hidang semasa panas2!



Gerem betol tengok si cendawan dok terselit kat tepi tuh!



Jangan mara haaa...yang ini mak punya share! Aummm.... :P

1 Comments:

Blogger Unknown said...

Amboi, berbelit lidah kita nak sebut sampai menyembur-nyembur air liur bila sebut nama...kalah nama anak daro...Satu cadangan....kalau nak tunjuk jari jemari kat gambor tu, jangan lupa pakai cincin banyak2 dan yang besar2...alaaa...yang macam orang-orang kat TV tu...baru power....bergetar pizza....ahakz!

July 14, 2008 6:41 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home