Ayam Goreng Rempah

Lauk ni kita makan ngan nasi putih panas2 aja. tadak lauk lain lagi sbb mmg best giler ratah2 kepak ayam (sejak kebelakangan ni, lauk2 kita smer ada bunyi krapkrup krapkrup) pastu mamah tulang2nya pastu susun elok2 tepi pinggan utk dikebumikan...ahak! jom cuba :)
Bahan A:
Kepak ayam midwing, dipotong 2 & dicuci bersih, toskan
1 tbsp serbuk kunyit
2 tbsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk jintan putih
sedikit garam
--
Bahan B:
1 tbsp cili kisar
1 biji bawang besar, dihiris
2 biji bawang putih, dicincang
1 tsp sos ikan
3 tbsp air
1 batang karot, dipotong
1 biji timun, buang empulur & potong kiub
1 lembar daun bawang
Cara:
1. Perap bahan A selama lebih kurang 40min. Goreng 1/2 masak, angkat & ketepikan.
2. Tumis bawang hingga wangi & masukkan cili kisar & tumis lagi hingga garing. Masukkan gula & gaul lagi.
3. Masukkan sos ikan & air diikuti dengan ayam yg telah digoreng tadi. Gaul rata & masukkan pula timun & karot. Tambah garam jika kurang masinnya. Tabur daun bawang sebelum tutup api.

:) :) :)....

Memang sedap, sesuai dimakan semasa berSAHUR!








0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home