Tahu Goreng

Tiba2 kepingin nak makan tahu goreng! tahu goreng ni kalu boleh gunakan tahu yg fresh baru juicy. kalu guna tahu semalam pun ok jugak tapi bila goreng, kulitnya cepat mengeras & bila telan boleh tersendat di tekak, nauzubilah, siapalah yg nak tulun tarikkan, kan jenet kan kan...
Bahan:
Bererapa keping tahu fresh, digoreng & dipotong2, ketepikan
50cent taugeh, dibuang ekor, cuci & tos
1 batang timun atau lebih, cuci & potong ikut suka
Bahan Kuahnya:
300gm kacang tanah, disangar, buang kulit & tumbuk sederhana kasar
5 biji atau lebih lada padi
1 biji bawang putih
1/2 cawan kicap masin
1 tsp cuka, jika suka
**sedikit air asam
secukup gula timbang *(dlm 3/4 tbsp agak2 tahap kemanisan masing2)*
**RALAT** : sorry guys, mak lupa nak letak air asam. ampunn kan lah mak kaseemm...

Ini dia bentuk gula timbang yg telah menjadi isu hangat... hehe
Cara:
1. Tumbuk lada padi & bawang putih hingga lumat. Keluarkan dari batu lesung & alihkan ke mangkuk yg sederhana. Masukkan kacang tanah, kicap masin (tambah jika suka), cuka & perasakan dengan gula & garam sedikit. (omit garam jika kicap sudah memada-i masinnya) Gaul rata.
2. Di pinggan yg tersedia, susun tahu, timun & taugeh dan tuang kuah kacang tadi diatasnya.

Kita makan tahu goreng ni dengan nasi panas2 you! Puh! Tangkap lentok punya ahak! Kalau tak dapat makan tahu goreng ni boleh jadi gadoh!








8 Comments:
nyum nyum.. my peberet ni mak.. makan ngan nasi pun jadi sampai makdaro lalu pun xsedar hehe.. tapi payah la nk jumpa fresh tauhu kt sini.. kena gak g kedai cino! huhu..
dapodil!! (GG pelesu goyang2) ambuii peberet nampak! patut lerr den lalu ekau buek dek yo eyy....
ambuii lawa lerr bunga apo konamo tu, leh wat cucuk kat sanggul mak ni dapodil!s
Ni asyik lupeeee jeeee nak beritahu kita orang (mestilah orang ,takkan kita hantu, kan!), tak terperinci....soalan-soalannya:
1)Air asam berapa banyak?
a) setitik
b)sesudu
c)sebaldi ( )
2) Pinggan apa yang digunakan untuk menambah kelazatan?
a) Pinggan Pyrex
b)Pinggan Cik Joyah
c)Pinggan plastik ( )
3) Selain timun, bahan apakah yang boleh digunakan ?
a) terung
b)tomato
c)betik ( )
Sila pilih jawapan a hingga c sahaja. Kamu dilarang memilih jawapan d.
saya rasa komeno mona sangat kelakar siuuut. sapala trpikir nak tanya soalan berjawapan objektif macam tu.
lol.
nwy, goolygoolyganggang, oh thanks so much to my periukbelanga who lives at rumah batu 12 tingkat for this much-awaited, looked-for sambal kacang conconction.
sudah berjuta wang-ringgit saya habiskan makan rojak tahu kuah sambal kacang ni kat kedai2. nak tanya resepi, malu wooooo, dah tua bangka tak reti buat sambal kacang.
so, dengan kadar serta-merta, resepi dan disalin ke kertas. sekejap lagi akan ke kedai. tengahari ni, insyaAllah, da dalam mulut.
hmmmm hmmmm kecur.
nice photo, too. awak pandai ambik gambo lah.
mintak izin, grabbed your recipe.
mona...*sigh*...
ekau ni mmg nak bagi aku kencing manis lah! wat a question mannn..atas tikar bawah simeennn...
*den jawab dgn gigil2 kepalo lutut ni ha!*
sesungguhnya jawapan2 yg ekau beri tu langsung tadak dlm senarai diksenery masak den mona oiii...
ni dia jawapan utk soklan potamo:
1) air asam tu agak2 lah dlm 3/4sudu makan (kalu tatau jugak mmg nak kena luku)
2) pinggan mana2 yg tak dapek den nak nulun eyy...kalu tadak pinggan daun pisang pun bole, ammak!
3)selain timun, nak lotak songkuang pun bole gak tapi kalu botik tu ekau pandai2 lah cari j**b*n yg todokat eh.
tedia jawapan den, den poduli apo kalu tak ikut syarat2 yg ditotapkan!
syabbas! inspektor sahabbb!!
Salam tuan rumah....sejak jumpa blog ni, hari-hari datang dok tengok resepi hak simple-simple, Auntie suka memasak...tapi suka hak senang di prepare.
assalammualaikum,
mmmm kuingatkan ramah, myperiukbelanga ni.. rupanya selected ramah pd kawan2 saje.
tak disapanya tetamu bertandang.
wassalam
w'salam wrmth wbkth! alalala....yamakawaaa....jgn lerr rajuk! kadang tak sempat nk reply sbb tenet mak dok lagging aja lerr tu yg maleh nak log in laeii.
jgn dok rajuk nnti mak bagi satu dulang tahu goreng okey bebeh!
salam kenal yamakawa, kimsalam yamakazi yo!
auntieyan, puhh kencang gua respek lerr makcik2 skrg ni xpert memblogging! ahak, salam kenal juga yer jgn dok rajuk jugak lerr! :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home