Cara Berinti Daging
Rasa2 macam dah lama benar tak buat kuih gaya gini...asyik kuih manis2 aja so ini kali kita
tukar selera pulak dengan kuih pedas2 sedikit.
Kita perlukan sebiji loyang kuih 'cara' tak kira apa bentuk untuk memasak kuih talam ini. Cara memasaknya bergantung jika yang mahu membakar via oven pun boleh atau paling senang ialah dengan menggunakan cooker hob.

Bahan2:
300 gm tepung gandum, diayak
1 biji telur ayam, pukul sedikit
1/2 biji kelapa, diambil santannya (agak2 pekatnya)
garam secukupnya
sedikit marjerin, untuk menglengser
Bahan2 Untuk Inti:
150 gm daging lembu cincang, cuci & toskan
2 labu bawang besar, didadu
1 pokok daun bawang, dipotong kecil2
1 tbsp rempah kari daging, dicampur dengan sedikit air
1 tsbp minyak, untuk menumis
garam secukupnya
Hirisan lada merah
Cara Untuk Inti:
1. Panaskan minyak didalam kuali & tumis bawang besar & rempah kari daging hingga wangi.
2. Masukkan daging cincang & gaul rata. Masak hingga daging agak lembut.
3. Masukkan garam secukup rasa diikuti dengan daun bawang. Tutup api dan ketepikan.
Cara Untuk Kuih:
1. Masukkan tepung gandum didalam mangkuk yang bersih bersama telur dan gaul hingga rata.
2. Tuang santan perlahan2 dan kacau hingga tidak berbentil2. Masukkan garam. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair (kalau terlalu pekat bubuh air sedikit2)
3. Panaskan acuan pembakar diatas api yang kecil.
4. Lengserkan acuan dengan sedikit marjerin. Tuang adunan didalam acuan dan bubuhkan inti daging diatasnya bersama hirisan lada merah. Tutup acuan seketika.
5. Apabila bahagian tepinya agak menguning, boleh lah diangkat menggunakan lidi satay.

Sonang baitu...








6 Comments:
suka nengok kueh ni..very the cantik lah. i nak try itu kueh apam yang ada kelapa kat bawah dia..now dah ada kukus..tuari i gi kedai vietnam tu..but i terlalu lah ghairah nampak kukus ni kan tak teringat pulak nak check the kuali yang you ask that day..hehehehe...but insyallah next time i gi check for you okay..the prices tak lah mahal..most things adalah dalam US$20-30 gitu.
kue yg ada kelapa kat bawah tu puteri ayu, acuan dia u ada tak?
rosma apsal you dh pencen awal2? dah penat ker? baguslah camtu leh join club i n sri, welkambing yer, jom kita clubbing ahak
acu dia i takder but i think i boleh improvise lah eh..hehe. kite bedal jer shape aper2 yang sewaktu dengannyer :)
i dah pencen sebab boss cakap i tak yah keje. dia kata kalau i kej i cuma rosakkan dia nyer day off jer..hahahaha. sebab kalau i keje, on his day off i tak gerenti dapat off..so dengan dukacita nyer dia kasi i notis..kat tempat baru ni..i dok rumah and can do whatever i want..hahahaha...sebab tu i ada banyak masa nak kacau orang kat blog2 mika seme..muahahahahahaha!
Hi,
Terima kasih for the resipi. Memang dah lama nak buat kuih ni.. my favourite..tapi tak tau nak buat..
Btw, pakai acuan kuih bahulu boleh ker?
Favourite akak nie...kalau ler u dekat menang akak dah ulur pinggan dah...
Oiikkk..Kak Roy, jauh nyer mai order kuih cara !!!
Fevret rinn juger......
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home