Wednesday, May 30, 2007

Resepi Weekend Breakfast



Untuk Datiella...yang sabar menunggu resep dr mpb :)

Apa Yang Diperlukan:
(untuk baked beans)
1 tin kecil baked beans
1 biji bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji lada hijau, dihiris (boleh ditambah jika mahu pedas lagi)
garam & lada sulah
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
2. Masukkan baked beans, garam & lada sulah.
3. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.

(Untuk daging burger)
Beberapa potong daging burger yang telah dinyahbekukan (suhu bilik)
Lada sulah
Beberapa biji telur

Cara:
1. Dengan menggunakan kuali leper, goreng daging burger dengan api sederhana dan hancur2kan dengan sudip kayu. Proses menggoreng ini tak perlu bubuh minyak kerana daging ini dengan sendirinya akan mengeluarkan minyak. Goreng hingga masak & ketepikan.
2. Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng telur hingga separuh masak.
3. Hidangkan diatas pinggan dan bubuhkan daging, telur & kentang goreng jika suka.
4. Tuangkan baked beans tadi diatas daging & hidang dengan cili sos kegemaran anda.

Maaf ya Datinella kerana telat.
Selamat mencuba.

2 Comments:

Blogger noreen said...

k.nis ... reen buat resepi nie pagi tadi utk breakfast. hubby tu banyak songeh dia cakap next time baked beans tu tak yah tumis just masak cam gitu je aparah dia tu tak creative betul tapi habis sepinggan hehehee

July 16, 2007 3:00 AM  
Blogger MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

ehehe...cobaannn...

July 16, 2007 1:40 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home