Tuesday, November 27, 2007

Nangka Masak Lemak



Hari tu pergi pasar ternampak satu bungkus nangka muda tetiba teringat pulak taim pergi rewang orang kawin depa masak lemak nangka, apa lagiii....tekak ni pun macam meminta2 lauk camni....memang power makan nasi panas2 dengan ikan kering perah jus limau pulak tuh, apa lagi kalau ada rendang padang puhhhhhhhhh......boleh berpinar sekejap mata! :p

Apa Yang Diperlukan:
1 bungkus kecil nangka muda, dipotong kecil2 kang tercekik tak dapek den nak nulung!
2 lembah daun limau purut, disiat2
1 biji kelapa parut, diperah dgn 3 cawan air
beberapa hiris ikan kurau kering, direndam dahulu
7 batang cili padi
1 cm lengkuas, dititik
1 batang serai, dititk
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Bahan Kisar:
2 biji lada merah
7 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp serbuk jintan puteh
3 biji buah keras
1 tbsp udang kering, direndam dahulu

Cara:
1. Rebus nangka muda bersama sedikit garam hingga empuk.
2. Panaskan periuk dengan minyak & tumis bahan kisar, lengkuas & serai hingga wangi.
3. Masukkan nangka muda yang telah ditapis airnya & ikan kering. Gaul rata.
4. Masukkan santan, gaul lagi hingga sebati.
5. Apabila mendidih, masukkan asam gelugur, daun limau purut, cili padi & garam secukup rasa.



Sesuai pada yang tak ada selera makan.....Selamat Mencuba!

Tuesday, November 20, 2007

Gado-Gado



Baru aje abes bergadoh tiba2 idea nak buat gado2 ni pops up! Untuk membuat ni memang tak leceh. Mesin, tumbuk, tumis & celur, orang buta pun boleh buat taww tak caya tanya abang kasem! Alaaa kasemmmm.... :p

Bahan Kisar:
6 batang (atau lebih) lada kering, buang biji & rendam
7 biji bawang kecil
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
1 batang serai

300 gm kacang tanah, disangar, kupas kulit & tumbuk/ kisar sederhana kasarnya
2 tbsp kicap masin
2 tbsp asam jawa diramas dengan 1 cawan air (might need more)
4 tbsp gula tanjung atau gula melaka
Garam
Sedikit minyak untuk menumis



Timun yang kecik2 sebegini memang cun kan, macam sayang nak ngap!



Tediaaa....keropok ku goreng sampai satu tupperware penuh melimpah luah. Pada siapa yang
punyai masalah menyebut huruf 'R', boleh baca yang ini : "goreng kerupuk garing2, letak atas piring"

Bahan Sampingan Lain:
Nasi Himpit
Kobis, dicelur
Kacang Panjang, dicelur
Telur, direbus
Kentang, direbus
Timun, dipotong ikut suka
Tahu, digoreng
Tempeh, digoreng
Keropok ikan
Bawang goreng

Caranya:
1. Panaskan minyak dlm periuk, tumis bahan kisar hingga garing & naik minyak.
2. Masukkan gula & garam serta sedikit air hingga mendidih di bahagian tepi periuk.
3. Masukkan kacang tanah & gaul rata.
4. Masukkan air asam & kicap masin. Tambah air jika terlalu pekat.
5. Rasakan lagi gula & garam nya hingga memuaskan.
6. Susun bahan2 sampingan di dalam mangkuk & tuangkan kuah serta keropok & bawang goreng.



I'm drooling over my own pics! *gulp*

Yok kita jamu & belek2 mata lagi, mana taw tup2 ternampak mata abang kasem kat dalam gado2 tuh ahak, ampuuunnn....



...dan lagi....



...dan lagi....



Yang ini saya punya share (3rd raun punya :p), bila masuk ke mulut....ya ampuunnnn....kalau nak tahu ending dia kenalah buat sendiri.

Friday, November 02, 2007

Nasi Pilaf



Daun pudina ni dipetik di taman mini laman rumah, memang segar youuu!

Kesian pulak tengok budak dari kulai nangis2 mintak resepi nasi pilaf ni kang kalu tak kasi buat dia continue nangis goleks2 sampai highway 2nd link naiya pulak anak orang ahak.

Bahan2nya:
2 kilo beras basmati, dicuci bersih & direndam selama 1/2 jam

1 1/2 ketul butter biasa, anggaran 375 gm beratnya
2 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
4 helai daun pandan, disiat2 & disimpul
3 biji bawang besar, dicincang halus2
Segenggam kismis kuning
**air secukupnya
Sedikit garam
Segenggam daun ketumbar
Segenggam daun pudina
Segenggam bawang goreng

Caranya:
1. Toskan beras basmati yang telah direndam tadi hingga kering airnya.
2. Panaskan periuk (lebih bagus jika gunakan periuk non-stick) di atas api yang sederhana. Cairkan butter.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih & daun pandan. Gaul rata.
4. Masukkan pula bawang besar & gaul lagi hingga wangi.
5. Masukkan beras basmati tadi & gaul (jangan terlalu cepat jika tidak mahu berasnya patah) dengan garfu kayu yang besar saiznya. Goreng sebentar beras ini dengan teknik 'clockwise' hingga lah minyak dari butter tadi benar2 sebati dengan beras. Teknik ini akan menjadikan nasi menjadi berderai sebiji2 & tidak melekat antara satu dengan lain.
6. Masukkan pula air & garam & larutkan beras. **(anggaran air hendaklah: air itu dituang pada paras beras + 2 ketak lebih, diukur dari hujung kuku jari hantu hingga ke ketak kedua - ketak tengah jari hantu). Yang ini kalau tak paham jugak tak dapek den nak nulung eh! :p
7. Kecilkan api & tutup periuk, tanak lah nasi hingga masak.
8. Apabila nasi sudah masak, tutup api & taburkan segala daun2, kismis kuning & bawang goreng. Hidangkan lah bersama lauk ayam kegemaran anda.

Selamat mencuba....

Dah Jemu Menatap Taman Mini Rashidah, Jom Masuk Dapur Pulak...



Ni lah dia lauk2 yang telah ku pertarungkan 2 hari 2 malam untuk menjamu kengkawan tokey busat pada minggu lepas. Tak lah berapa banyak lauknya sebab yang masak sorang uuuhuhu...(thank Allah i'm still in one piece é very next day ahak) tapi tetap menten vouge didapur w/pun berdepan dengan kayu2 arang, sabo jer laaa...



Nasi Pilaf & Ayam Masak Antam Sajalah



Dalca Kambing & Paru Bersira Lada



MeeHoon Goreng Sukati Gua & Pencuci Mulut



Nedia...kek2 yang sempat dibuat sebelum hari busat, sampai tobongkok2 den. Choc. eclair pulak sempat buat pada jam 1.30ptg (cian aku nak wat bisnes pun tergendala)