Thursday, March 20, 2008

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 rabiulawal 1429H (2008Masehi)



Selawat dan salam pada junjungan mulia Rasulullah s.a.w. dan keluarga baginda serta para sahabat2nya.....

Hari ini jatuhnya hari keputeraan baginda s.a.w dan jelas sekali terpandang, merata2 tempat di seluruh pelusuk dunia telah pun mengadakan acara maulid seminggu sebelum hingga lah sebulan lamanya selepas hari ini. Inilah salah satu hari yang paling bersejarah di kalangan umat nabi saw. Siapa lah yang tak mahu menjadi umat nabi yang diagung2-kan itu. Tapi bukan setakat mengangkat tangan untuk membuktikan mahunya kita menjadi umatnya tapi hendaklah juga mengikut segala suruhan & tinggalkan larangan Allah swt serta melakukan sunnahnya (rasulullah s.a.w).

Berselawatlah sebanyak mungkin (lebih afdhal beramai2) dan dengan hadiri majlis2 maulid mahupun mengadakannya sama seperti memperbesarkan Islam kerana nabi s.a.w sendiri adalah simbolik bagi agama Islam. “Sesiapa yang berselawat keatas-Ku sekali, maka Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan mengampunkan sepuluh kesalahannya”(HR Ahmad, dalam Musnad Ahmad)

Selain daripada mendapat ganjaran pahala, dengan berselawat juga kita akan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad (SAW) di akhirat kelak dan diampunkan dosa. Perkara ini telah dijelaskan oleh baginda sendiri dalam satu hadith:
Dari Ibn Mas'ud ra., telah bersabda Nabi (SAW):

أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة

"Manusia yang utama disisiku pada hari Kiamat adalah yang paling banyak berselawat keatasKu" (Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Tirmidzi dan beliau(Tirmidzi) mengatakan bahawa hadith ini Hasan Gharib)

selain daripada hadith di atas, terdapat juga hadith ini:

من صلى على حين يصبح عشرا و حين يمسي عشرا أدركته شفاعتي يوم القيامة

“Sesiapa yang berselawat keatas-Ku pada waktu pagi dan petang sepuluh kali, akan memperolehi syafaatku di akhirat kelak”(Hadith ini dinilai Hasan dalam Sahih wa dhaif jami’ wa saghir) << masya'allah!!

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda.

Ada banyak lagi artikel2 yang boleh dilayari tentang sambutan maulidurrasul s.a.w ini.

Wallahu'alam... :)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home